Friday, September 14, 2012

Malaysia Colonisable



Pada abad ke 12 Masehi, Jayabaya, seorang raja Kediri di Jawa Timur, dipercayai meramalkan dengan tepat bahawa kepulauan Melayu akan dikuasai bangsa kulit putih yang akan menduduki gugusan kepulauan dan semenanjung ini sepanjang beberapa ratus tahun. Ramalannya meninggalkan pengaruh besar, khusus di Indonesia.

Katanya suatu Perang besar akan menyusuli dan membawa satu bangsa kulit kekuningan yang bertubuh kecil.

Jepunlah yang kemunculan dan kata Jayabaya, bangsa ini akan memerintah untuk masa yang pendek, diibaratkan sebagai setahun jagung berbanding dengan penguasaan bangsa kulit putih, atau Belanda dan Inggeris.

Sampai ke situ ramalan Jayabaya jelas tepat. Masalahnya membangkit apabila ketua pergerakan Darul Islam Indonesia, Kartosuwiryo, diberitakan mempercayainya dan kerana itu beliau lebih senang menunggu Perang Maha Besar yang konon Jayabaya turut meramalkan akan menyusuli ketewasan dan pengusiran bangsa bertubuh kecil dan yang berkulit kekuningan tadi.

Maka Kartosuwiryo pun melengah-lengahkan perancangan dan tindakan-tindakannya dalam peperangan yang beliau telah melancarkan untuk mendirikan sebuah kerajaan Islam setelah Sukarno dan Hatta proklamir kemerdekaan Indonesia pada 17 Augustus 1945.

Menurut apa yang diberitakan, Kartosuwiryo telah bekerjasama dengan “Setan Belanda”, Westerling, yang telah meragut lebih kurang 450,000 nyawa Indonesia menurut anggaran pihak Indonesia.

Namun, Darul Islam yang dikepalai Kartosuwiryo terus didukung Daud Bereueh dari Aceh, oleh Kahar Muzakar dari Sulawesi dan oleh beberapa lagi tokoh Islam termasuk dari Banjar, Samarinda dan kepulauan-kepulauan Ambon dan Ternate.

Maka kepimpinan Kartosuwiryo adalah sebandingan dengan kepimimpian Pangeran Dipo Negoro pada Perang Jawa 1825-1830 dan sebelumnya kepimpinan Yusuf Makasar pada abad ke 17.

Setiapnya berjaya menarik penyertaan yang luas, menandakan Islam pada masa itu adalah jalinan yang rapat. Itulah masanya saudagar-saudagar Arab, Gujerat dan Farsi terutamanya telah mengembangkan sayap mereka dan sama ada berjaya menjadi raja melalui intrigue atau mereka berjaya merampas kuasa kerajaan pribumi. Itulah masa imperialisma Arab-Islam di Gugusan Kepulauan Melayu bergelora.

Kartosuwiryo menempah malang dengan kepercayaannya yang bersandar pada satu baris dalam beberapa versi ramalan Jayabaya. Baris itu membayangkan suatu peperangan amat besar akan menyusuli Perang Dunia Kedua dan pada Maha Perang itu, bangsa Cina dan bangsa kulit Putih akan tinggal dua orang saja setiap bangsanya manakala separuh orang-orang di kepulauan Melayu (yakni orang Jawi) akan musnah.

Kalaupun kita percaya versi ramalan Jayabaya yang berkenaan, adalah tidak menasabah bagi Kartosuwiryo samasekali gagal bertanya kuasa besar yang manakah mampu memusnahkan bangsa Cina dan bangsa kulit putih pada masa itu?

Sebagai seorang Muslim beliau boleh bersandar pada kepercayaan mengenai kemunculan Imam Mahdi, yang tidak diketahui siapa dia, atau kepada Ratu Adil, ataupun percaya buta kepada kuasa Tuhan untuk meranapkan benua-benua kulit putih dan Cina melalui malapetaka.

Dengan kepercayaan seperti itu apa pun boleh menjadi.

Imam Darul Islam itu, Kartosuwiryo, ada yang berkata, telah memilih untuk menunggu Maha Perang yang diramalkan itu berlaku dan beliau tidak bertindak meskipun peluang terbuka untuk tenteranya menang.

Lantaran beliau menunggu sampai beliau tertiarap uzur pada dada sebuah gunung dan ditawan. Beliau dijatuhkan hukuman bunuh dan ditembak mati menjelang fajar pada sebuah pulau berdekataan pelabuhan Jakarta.

Apakah sekarang sudah tiba Maha Perang yang oleh Jayabaya diramalkan itu?

Kalaupun benar Maha Perang itulah yang akan berlaku dalam tempuh yang singkat, kita perlu tahu kuasa di dunia yang manakah mampu memusnahkan axis Atlantik kulit putih sehingga tinggal sepasang saja anggota bangsa-bangsanya.

Demikian jugalah yang perlu diketahui mengenai bangsa Cina yang jumlahnya 1.3 bilion. Siapakah yang akan memusnahkannya? Imam Mahdi? Ratu Adil? Sang Bhima? Maulana Aprak?

Yang mempunyai tenaga thermonuklear seumpama itu bersama sistem penghantaran yang setimpal dengan malapetaka buatan manusia adalah Amerika dan Rusia, bukan Republik Rakyat Cina buat seketika ini.

Bangsa Melayu apa satu pun tak ada, baik di Semenanjung, di kepulauan Riau mahupun di Sumatera. Tak ada apa satu yang setandingan.

Hanya dua buah negara itu, Amerika dan Rusia, yang mempunyai tonnage kuasa thermonuklear, jumlah warheads dan bom nuklear, serta pesawat penghantaran, yang mampu.

Kedua-duanya mempunyai keupayaan “Star Wars”, yakni balistik yang menembusi angkasalepas dengan membawa beberapa warheads setiap missile dan melepaskan roket-roket re-entry supaya menuju ke sasaran yang berasingan. ]

Mereka juga mempunyai keupayaan laser dan elektronik yang mujarab untuk mengubah cuaca serta menguasai mental manusia dan haiwan dengan mengguna gelombang radio.

RRC, walau telah berjaya memodenkan tentera dan persenjataannya dan mampu melindungi pesisiran lautannya maupun menguasai perairan Lautan Cina Selatan, ia belum mempunyai keupayaan Star Wars dan perlu sedikit masa lagi untuk sampai ke situ.

RRC mempunyai lebih kurang 60 buah kapal selam, di antaranya yang mempunyai missile nuklear dan dengannya RRC dikira tetap mampu untuk menguasai Lautan Cina Selatan tanpa campurtangan Amerika.

RRC sekarang telah membuat tuntutan wilayah yang bertindih dengan 20 buah negara berjiran pada laut dan darat, satu pendekatan mencari pasal yang efisyen. Akan tetapi ini tidak sama dengan dayatenaga memusnahkan Axis Atlantik.

Maka soalan yang kita hadapi masih sukar hendak dijawab, yakni siapa yang akan memusnahkan Amerika dan Eropah di Barat dan siapa pula yang mampu memusnahkan RRC?

Perang thermonuklear secara terbuka tetap akan melampuskan sebilangan budaya dan tamaddun yang berada di dunia ini. Sekiranya berlaku Maha Perang thermonuklear, beberapa budaya dan tamaddun akan musnah.

Itu mengenai tamaddun. Ianya tidak sama dengan apa yang terbayang oleh ramalan Jayabaya mengenai bangsa kulit putih dan bangsa Cina yang merupakan kemusnahan bangsa-bangsa.

Kita turut perlu bertanya siapakah pula gerangan yang akan melindungi Semenangjung dan Gugusan Kepulauan Melayu sehingga masih berpeluang separuh rakyatnya selamat?

Apa ada hikmat efisyen pada Raja-Rajanya? Atau Mufti-Mufti tertentu? Ataupun pada sesuatu ajaran agama Islam yang belum kita kedengaran?

Dari segi keupayaan pertahanan tak ada apa satu. Yang ada hanyalah sekadar membelasah protestors BERSIH 3.0 dan sebilangan wartawan yang bertugas seperti yang berlaku pada 28 April 2012.

Melayu di Semenajung ada apa? Exocet atau Exorcist?

Selepas 22 tahun di bawah kepimpinan Dr Mahathir, enam di bawah Abdullah Badawi dan 3.5 tahun di bawah Najib Razak, sampai ke manakah keupayaan pertahanan kita yang dulu terpaksa membeli jet pejuang siri F Amerika tanpa boleh melepas bom? Pembuatan senjata sendiri hanyalah sekadar senapang Steyr. Ada apa lagi?

Kemudian, untuk pertahanan udara kita telah berkalih kepada MIG/Sukhoi dan sekarang kepada Euro Fighters pula. Apa keupayaan pertahanan kita dalam suasana Maha Perang atau sekadar mempertahankan hak kita di Lautan Cina Selatan jika dicerobohi RRC?

Apa yang ada pada orang Melayu?

Prioriti mantan PM, Dr Mahathir, yang marah anaknya Marina menyertai BERSIH, bukan untuk pertahanan. Yang beliau hendak sangat-sangat adalah Malaysia Incorporated, satu wawasannya yang sampai sekarang beliau masih mahu Najib Razak menuruti.

Malaysia Incorporated, ikutan Japan Incorporated, akan bermakna Umno/BN berkongsi kuasa dengan kapitalis dan sama-sama menduduki Boulevard 3 di Putrajaya yang menempatkan semua kementerian.

Dengan wawasan itu, Masyarakat Madani (Civil Society) sama sekali tidak akan diberi ruang untuk bernyawa dan bertindak. Itu salah satu sebab Mahathir kena kutuk hampir hari-hari dalam tempuh beberapa tahun yang lalu, yakni selepas Civil Society hidup di Malaysia.

Mahathir tidak senang dengan Najib setelah Najib menggugurkan ISA. Mahathir mahu ISA. Buat apa? Apakah sumbangan Mahathir pada rakyat dan negara sebegitu besar sehingga berbaloi kita ditekan dengan undang-undang yang menidakkan hak asasi manusia?

Apa sumbangan Mahathir yang kekal sampai sekarang?

Malaysia sudahpun kembali menjadi negara yang bergantung kepada komoditi dan bukan kepada perolehan industri. Malahan, pada suatu ketika Jepun telah sedia untuk memindahkan kilang-kilangnya ke negara lain atau tutup saja kilang-kilangnya, yang berjumlah kurang lebih 1,600 kesemuanya.

Mahathir berjaya memperkayakan keluarganya dan kroni-kroninya, manakala tak kurang 72 peratus daripada kaum pekerja atau buruh di Malaysia berpendapatan RM1,500 atau lebih rendah.

Apakah itu kejayaan? Apakah keselamatan negara mampu dijamin dengan struktur sosial yang kelahiran melalui taburan pendapatan sepertinya, yakni segelintir kayaraya dan yang ramai keliaran terus melata pada bumi?

Apa mungkin dilakukan oleh Najib Razak untuk memperkukuhkan pertahanan dan daya ketahanan masyarakat dan negara? Atau apakah peperangan yang dijangka akan tiba sedikit masa lagi hanyalah satu Maha Khayalan?

Dalam tempuh beberapa tahun lalu harga makanan, ubatan dan semua barang-barang keperluan telah melambung. Itu pun tak terkawal sampai sekarang. Apa punya pendekatan tatapemerintahan tu?

Masyarakat Malaysia bukan sekadar menghadapi masalah perkauman dan keagamaan, malahan kini garis kelas semakin ketara pada konflik sosial. Masyarakat Melayu, khususnya, dah berkecaian.

Apa daya pertahanan yang ada pada Malaysia? Dan pada masyarakat Melayu apa yang ada? Orang-orang kayaraya dalam Umno?

Malaysia dan bangsa Melayu adalah colonisable, yakni boleh ditakluk, barangkali dengan mudah.------a. ghani ismail, 11 Aug 2012

Dari Penyengat Ke Benua Jawi



Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengambil kuasa melampau ke atas para blogger sehingga kami boleh dipenjarakan pada bila-bila saja melalui pindaan pada Akta Evidence 1950. Kami tak ada arah melainkan terus menulis dan rela dipenjarakan kerana benar.

BN nampaknya akan tewas pada pilihanraya ini. Akibat gohed-gostan sehubungan Akta Evidence baru-baru ini, PM Najib dipandang umum sebagai kurang berkuasa.

Meskipun Pakatan akan menang, kerana Pas memperjuangkan Negara Islam yang otoritarian, maka sama-sama kita tahu bahawa kemenangan Pakatan tidak merupakan satu solusi kepada masalah sosio-politik yang dihadapi di Malaysia, tambahan dalam suasana tegang yang sedang beransur nyata dalam Pertembungan Tamaddun di antara Barat-Islam dan Barat-Cina yang telah sampai ke mari.

Jikalau perang meletus, dalam keadaan perpecahan kaum yang telah melanda negara, Malaysia dikira tak mempunyai harapan untuk mengelak kekacauan perkauman dan seterusnya tewas jika diserang.

Oleh yang demikian, penulis menoleh kembali ke arah Bangsa Jawi yang sekarang sedikit sekali diketahui orang Malaysia, khusus oleh orang “Melayu” sendiri.

---Diwal---

“Diwal” yang disebut dalam karangan Raja Ali Haji, Tuhfatu’l-Nafis, bermakna ‘Rumah dewa-dewa’ atau kuil pusat seperti yang masih berdiri pada Bukit Betong, Pahang, tanpa berhala-berhalanya.

Sebuah lagi seharusnya berada pada Kuala Pahang, menurut seorang pegawai kolonial Inggeris yang menulis pada JMBRAS. Kuala Pahang juga pusat dagangan pada zaman yang lampau, yakni semasa pedagang Melaka akan memudik Sungai Muar sampai ke Johol dan dari Johol menyambung pelayaran melalui Sungai Serting ke Sungai Bera dan ke Sungai Pahang, seterusnya ke Lautan Cina Selatan melalui Kuala Pekan.

Pahang kelihatan lebih Hindu daripada Hindu-Buddha pada zamannya, satu zaman yang asasnya mungkin memutik pada abad kedua/ketiga Masihi dan berterusan sampai ke zaman Maharaja Perba Jelai pada awal abad ke 19 sebagai sampingan agama Islam.

Islam sudah bertapak kukuh sebagai pemerintah di Johor sejak zaman Tun Habib Abdul Majid menjadi Bendahara pada abad ke 17.

Enam orang raja di Empirituria Johor-Riau-Lingga kemudian terdiri daripada anak-cucu beliau, menjadikan wilayah besar Melayu terang-terang takluk rejim Arabiya-Islam yang kekal-cekal sampai sekarang.

Setelah Lingga terpisah akibat Perjanjian British-Belanda 1824, tempat rajanya diganti oleh Raja Perlis, berarti enam daripada sembilan raja-raja Melayu di Semenanjung masih terdiri daripada keturunan Tun Habib Abdul Majid dan beliau adalah cucu Habib Abdullah al-Aydarus, Aceh.

Raja-Raja keturunan Arab inilah barangkali bertanggungjawab mentakrifkan Bangsa Melayu sebagai bangsa yang semestinya beragama Islam seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia sedangkan sebelum Merdeka kebanyakan orang-orang yang sekarang ditakrifkan sebagai Melayu, adalah berbangsa Jawi.

Pada orang-orang Jawi, acara melafazkan dua kalimat syahadat disebut ‘masuk Melayu’, manakala khatan pula disebut sebagai ‘masuk Jawi’. Oleh yang demikian, anggota Bangsa Jawi kembali menjadi Jawi setelah berkhatan. Jawi punyai ajaran agama tersendiri dan tidak semestinya beragama Islam.

Sekolah Agama [Islam] pada masa itu disebut “Sekolah Arab”, menandakan ianya bukan institusi pribumi.

Di Aceh terdapat Hikayat Poecut Muhammad yang meriwayatkan kisah adik Sultan berperang dengan seorang Arab yang telah mendirikan kerajaannya berpusat di seberang sungai daripada istana raja. Konfliknya dilihat sebagai konflik Jawi-Arab.

Tidak syak Islam bukan diterima bulat-bulat oleh mereka yang sekarang ini ditakrif sebagai “Melayu”. Sebaliknya, pada tahun 1950an majoriti menolak agama yang tertakluk pada bahasa dan adat-istiadat Arab ini dan yang dipandang hanya sebagai “hak Raja”.

Apabila ‘hak raja’ itu didukung bersama oleh kerajaan pusat, tambahan pada kepimpinan Dr Mahathir Mohamed yang memperkenalkan undang-undang jenayah Islam, maka resistance terhadap Islam semakin hari semakin lemah. Diterima Baik

Islam diterima baik pada masa ketibaannya. Dibayangkan pada Hikayat Raja-Raja Pasai pertembungan Islam dengan Agama Hindu sebagai suatu pertembungan di antara satu agama yang telah kerosakan kerana amalan tantrik dengan agama simple yang mendatang dan didukung oleh diaspora Arab/Farsi/Gujerat.

Manakala kepercayaan Hindu berasaskan avataram yang menjadikan raja atau pemerintah sebagai penjelmaan Tuhan atau dewa-dewa, pada Islam yang bahari raja atau pemerintah hanyalah pesuruh Tuhan dan abdiNya, saytu perbezaan di antara monism dan dualism.

Kuasa, kata seorang pujangga Inggeris, adalah korup dan kuasa yang mutlak akan korup secara mutlak.

Pada penghujung zamannya, korupsi etika dan budaya Raja-Raja Hindu telah menggila. Adityawarman, pengasas Pagar Ruyung, memasyhurkan dirinya sebagai seorang Bhairawa, yakni Manusia-Tuhan (Dewa) dan proklamir dia telah membunuh sebilangan rakyat, minum darah dan makan daging mereka supaya membuktikan dia adalah bayangan Tuhan dan semua hendaklah takut padanya.

Pada Hikayat Raja-Raja Pasai, Raja Perumal-Perumal hendak mamah anak-anak daranya dan dia membunuh abang mereka yang melindungi mereka, kemuncak kegilaan yang barahnya menumbuh kerana mahu menjadi bayangan/penjelmaan Tuhan, yakni diktator mutlak.

Pada Islam, setinggi-tinggi manusia tetap manusia dan serendah-rendah Tuhan kekal Tuhan. Tidak pada agama Hindu Tantrik. Ini yang menghantui sebilangan ksatriya Hindu, yakni kerana mereka mahu menjadi penjelmaan Tuhan.

Dalam pertemuan dan pertembungan antara Hindu yang korup itu dan Islam yang simple, toleran dan berperikemanusiaan seperti yang kita dapati pada pembawaan Wali Songo dan juga oleh Syeikh Ismail Pulau Besar, Melaka, yang merupakan keturunan Syeikh Abdul Kadir Jilani, ajaran simple yang menyibarkan Islam dengan kelembutan sifat-sifat ketulusan (sidiq), amanah, tabligh dan bijaksana (fatanah), justeru, tidak mungkin dibandingkan dengan ajaran Hindu yang ditakluk oleh nafsu kuasa pada zaman keruntuhannya. Agama tak boleh dipaksa.

Islam diterima ramai dan dengan kekuasaan terkumpul diaspora Arab yang kaya, agama Arab ini pantas kesibaran. Namun, pada yang umum, Islam hanyalah sebagai agama nominal dan dipandang sebagai “hak Raja”.

Di antara mereka yang menjadi misionarinya terdapat yang berjaya mendirikan balatentera dan menewaskan kerajaan-kerajaan Hindu atau Hindu-Buddha, seperti Demak yang berperang melawan Majapahit. Diaspora Arab

Diaspora Arab telahpun membawa lebih 2,000 orang pedagangnya ke Kanton sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Demikian lagi, terdapat lebih kurang jumlah yang sama orang-orang Arab di Sumatera dan Jawa (Zabaq) menurut penyelidikan sarjana-sarjana tertentu.

Ini bermakna Islam punyai orang-orang Arab kaya yang menjadi penyambutnya di Selatan dan Asia Timur.

Mereka inilah yang memberi sambutan dan biaya kepada mubaligh-mubaligh Islam, khususnya kepada keturunan Nabi daripada Hadramaut yang mendukung missi keluarga mereka.

Anggota keluarga ini telah menuju ke Afrika, Farsi, India dan kepada Kepulauan dan Semenanjung Melayu, membawa dagang, ajaran Islam yang simple dan seterusnya mengambilalih melalui intrigue atau mendirikan kerajaan-kerajaan, mahupun dengan senjata, sampai ke Manila.

Sejarah pergolakan besar ini yang kita diajar di sekolah dan pada kolej adalah tidak tepat. Kerana itu sikap yang terbina pada masyarakat Muslim di Malaysia pun senget macam kapal yang tetap karam.

Konon Islam tersibar kerana kekeramatan mubalighnya dan bukan kerana kebijaksanaan dan pengalaman mereka mengatur langkah beroleh kekayaan dan kuasa, termasuk melalui perang.

---Majoriti Menolak---

Majoriti orang Melayu sebelum merdeka menolak ajaran dan undang-undang agama seperti yang diamalkan sekarang. Mereka hanya menurutinya secara zahir supaya menghormati “hak Raja”. Ajaran dan undang-undang Islam disifatkan sebagai “hak raja” atau “hak kerajaan”.

“Hak Raja” ini terhapus di Sumatera melalui Revolusi Sosial yang mencetus berikutan proklamir kemerdekaan Indonesia pada 17 Augustus 1945, membawa kepada penghapusan Raja-Raja yang tidak mendukung Republik pimpinan Sukarno dan Hatta.

Semua Raja-Raja “Melayu” yang memilih untuk bekerjasama dengan Belanda dibunuh, mengakhirkan zaman kebenggeluan agama dan ideologi yang masih menjadi satu masalah pada bangsa Melayu di Malaya.

Thawalib (kolej-kolej Islam) berubah haluan dan dengan rela menerima tanggapan dan arah Sosialisma dan Nasionalisma.

Jiwa bebas yang melahir pada Revolusi Sosial itu menghidupkan kembali keterbukaan bangsa Jawi dan di Indonesia pemikiran Barat seterusnya menular, satu perkembangan yang memperkayakan pemikiran masyarakatnya, satu perkembangan yang akhirnya membolehkan bangsanya menerima Reformasi dan Demokerasi ala Barat.

Dipengaruhi Revolusi Sosial di Sumatera, kebanyakan orang-orang Melayu di Malaya pada masa itu mengenalkan diri sebagai “Orang Jawi”. Pada mereka, bila seseorang bersyahadah dalam Bahasa Arab dia dikata “masuk Melayu”, tetapi bila dia berkhatan dia kembali “masuk Jawi” - satu protes umum terhadap Islam-Arabiya yang semua orang menghafalkan bacaan-bacaan untuk bersalat dan berdoa tanpa mengerti apa yang dihafalkan itu.

Malangnya "Jawi" tidak ditakrifkan.


Sekarang kita hanya ketahui aksara Arab-Melayu sebagai [Tulisan] Jawi manakala Bangsa Jawi sudah samasekali luput daripada kesedaran.

---Jawi---

Pada orang Jawi perkataan “Jawi” berasal daripada pohon Jawi-Jawi atau Jejawi yang disebut di Semenanjung sebagai pohon Beringin (Waringin) seperti pada Beringin Songsang. Ini boleh ditemui pada buku Negarakertagama.

Pada Negarakertagama juga akan didapati catatan sehubungan Candi Jawi (di Jawa Timur) yang didirikan oleh Kertanegara, Raja Singhasari yang terakhir. Beliau bersama anak menantunya, Wijaya, adalah wira-wira yang berjaya mencabar dan menewaskan balatentera Kublai Khan yang datang menyerang Singhasari pada hujung abad ke 13. Wijaya kemudian mengasaskan Majapahit.

Keutuhan dan kebesaran bangsa-bangsa “Melayu” di Gugusan Kepulauan dan Semenanjung Indonesia tidak dan belum pernah menjangkau lebih daripada yang dicapaikan oleh Kertanegara dan Wijaya serta, kemudiannya, Patih Gajah Mada.

Pada telapak mereka itulah terletak zaman kegemilangan bangsa yang berani mendirikan rumah dipantai dan dilambung ombak, bukan pada zaman yang berseloka panjang dalam bahasa Arabu dan berdoa sampai dua kilometer panjangnya bila dihadiri raja. Macam asap sampah.

Kegemilangan itu mendakap kegemilangan budaya dan tamaddun yang terbayang di Semenanjung pada keperibadian, budaya dan pemerintahan Cik Siti Wan Kembang atau Udruga Wijaya Malasingha, dan anak angkatnya, Puteri Sa’adong.

Semuanya adalah bangsa Jawi. Dengan membina Candi Jawi, Jayakertanagara mengkuduskan (sanctified) bangsa itu buat selama-lamanya.

Kelantan/Patani, kebetulan, adalah wilayah Majapahit II, dulu ditaburi Bangsa Jawi, bukan Bangsa Melayu yang bersyahadah dalam bahasa Arabu dan mesti beragama Islam-Arab.
Berapa keratkah manusia Melayu yang benar-benar memahami agama Islam yang mereka menuruti dengan ketaatan dan keasyikan yang sungguh luarbiasa itu?

Kata Prof. Emeritus Isahak Haron daripada UPSI, 90 peratus tak faham apa yang mereka membaca dalam salat!

To what destiny can the blind lead the mute?

Pegangan Bangsa Jawi adalah pada Beringin Songsang saja, yakni satu simbol umum semua “agama langit”. Ia bagai "The Kindom of Heaven".

Beringin Songsang adalah satu fahaman universal yang dirujuk dalam Bhagavad-gita 15:1. Seluruh Bab 15 Bhagavad Gita adalah mengenai ajarannya.

Krishna berkata: Terdapat pohon Ara (Ashwatha/Banyan) yang akarnya menjalar ke atas dan dahan-dahannya ke bawah manakala daun-daunnya adalah zabur-zabur Veda. Sesiapa yang mengenali pohon ini kenalilah ia Veda-Veda.

Ashwatha adalah pohon Ara.

Seperti yang telah menjadi kebiasaan pada benua Jawi, setiap sesuatu ajaran yang mendatang akan diubahsuaikan supaya seiring dengan citarasa sendiri. Maka pohon Ara itu pun dipindah kepada pohon Beringin (Waringin). Seterusnya, ajaran Hindu dicantum di antara Siwa dan Vishnu, kemudian dengan ajaran Buddha seperti yang terdapat pada candi-candi binaan Kertanegara.

Perkembangan inilah yang akhirnya melahirkan karangan Tantular yang mengandungi kata-kata hikmat yang menjadi inspirasi falsafah negara Indonesia, Bineka Tunggal Eka, yakni Kesatuan dalam Pelbagaian, atau kompositi – satu jaminan toleransi, persefahaman dan saling hormat-menghormati yang menjadi asas ketamaddunan dan supaya melahirkan satu bangsa/negara berasaskan pelbagai ajaran, adat dan falsafah.

Bangsa “campuran”, atau lebih tepat, bangsa komposit itulah yang dikenali sebagai Bangsa Jawi sampailah kenalan itu diketepikan oleh UMNO, perlembagaan dan kerajaan Malaya/Malaysia merdeka.

Beringin Songsang adalah satu simbol yang menerangkan dengan mudah hakikat ‘agama langit’. Sebagai simbol agama langit, Beringin Songsang adalah universal dan keterangan yang barangkali sepaling mendalam mengenainya kelihatan pada Pythagoras (lahir 570 BC), seorang pendukung ajaran Nabi Idris (Hermes) dari bangsa Yunani yang kontemporari Gautama Buddha (lahir 563 BC).

Bhagavad gita dikarang pada kurun ke 2 Sebelum Masehi barangkali.

Konsep ini terdapat pada Veda sebagai Ashwatha atau pohon Ara atau Bodhi dan Veda boleh jadi sudah dikarang pada 1,800 BC (ada yang letaknya pada 2,500 BC). Ertinya, kitab dan ajaran itu boleh jadi sama tua dengan Nabi Ibrahim atau paling tidak ianya sama tua dengan Nabi Musa (antara 1,800 BC dan 1,500 BC). [][]

Tarikh yang diberi di atas tak akan disetujui ramai peminat agama-agama yang terlibat. Tujuan penulis hanyalah sekadar menyatakan Beringin Songsang merupakan konsep tua dan yang membawa pendukungnya kepada idea dan budaya universal berbanding dengan Islam meskipun ianya ada pada budaya Islam juga.

Buku The Inverted Tree karangan Sri Aurobindo, filasuf nasionalis/universalis India, boleh dimuat-turun melalui Internet, secara percuma.

Ajarannya tidak hadapi sebarang masalah bahasa, seperti Islam yang terpenjara oleh bahasa Arab sehingga lemas kita melihat sebilangan Melayu berlumba-lumba untuk menunjukkan kehandalan mereka menghafal ayat-ayat al-Qur’an al-Karim dan juga al-Hadith sedangkan mereka tidak mengerti sepatah haram ayat-ayat yang dihafalkan.

Itu tipu diri, a social idiotization, sedangkan agama itu adalah agama Raja atau Kerajaan dan lebih menjadi satu acara kawalan sosial dan bukan satu ideologi yang kemas mahupun yang terang.

Islam kini perlu dihadapi sebagai dukungan Parti Pas dan mencabar kita supaya membuat kesimpulan bahawa Pakatan, kerana ada Pas di dalamnya, tidak menjadi satu solusi masalah politik dan sosial yang dihadapi di Malaysia.

Kini, setelah beduk diketuk untuk menandakan Maha Perang mungkin berlaku dan seluruh kawasan lautan Cina Selatan, kata Republik Rakyat Cina, dia yang punya, maka mahu tak mahu kita perlu akui Malaysia berpecahbelah dan bangsa Melayu telah berkecaian, yakni Malaysia terdedah dan mudah ditakluk semula.

Pada Singhasari dan Majapahit, sebagai Bangsa Jawi bangsa ini telah pertahankan negaranya daripada serangan raksaksa Kublai Khan, seterusnya mendirikan empirituria yang lebih besar daripada Eropah.

Adakah apa-apa pada kita yang boleh menjamin perpaduan dan kekuatan seumpamanya? Islam? Melayu? Atau senapang Styer setelah 55 tahun merdeka? Allahu Akbaru ma fi kalkul lughatu'l-'Arabah! It's tough!----a. ghani ismail, 19 Aug. 2012

Malaysia, Apa Menantimu Pada 2013?



Akta Perhimpunan Aman tafsiran Menteri Dalam Negeri telah backfired. Cara polis dan Kementerian Dalam Negeri menangani BERSIH 3.0 pada 28 April dan susulannya tidak dapat diterima ramai.

‘Ketegasan’ Hishamuddin telah menjadi kekerasan penggocoh yang melampau, an excessive use of thug force. Namun, tidak sesiapa terkurban pada peristiwa yang terhidang dalam Youtube dan mangsa yang paling parah jelas kelihatan adalah Transformasi PM Najib Tun Razak dan kredibiliti beliau sebagai seorang reformer yang demokratik.

Lebih 60 orang peserta BERSIH beroleh rawatan di hospital, satu kenyataan yang menunjukkan bahawa Hishamuddin Hussein telah mengubahkan ground rules demokrasi, khusus sehubungan tarik tali di antara masyarakat madani (civil society) dan pihak berkuasa. Peristiwa ini sekaligus mematikan harapan rakyat untuk beroleh kerajaan yang prihatin dan yang mendengar rintihan rakyat, seperti mengenai Lynas yang berbahaya memandang apa yang terjadi di Tanah Merah. Ipoh.

Tidak syak PM Najib adalah mangsa utama Akta Perimpunan Aman seperti yang diolah pada 28 April dan pada pagi Selasa sebelumnya, yakni sewaktu sekumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka dihalau oleh lebih kurang 40 orang penggocoh (thugs, no matter what you call them).

Akta Perhimpunan Aman kini terbukti ganas. Apakah semua ini halal di sisi undang-undang?

Kata bekas IGP Tun Haniff Omar, ada di antara anggota polis yang bertindak ‘secara tidak professional’ pada hari pertemuan itu. Kata bekas IGP Musa Hassan pula, jika seseorang yang telah ditawan oleh polis masih dibelasah oleh pemberkasnya, kekerasan yang berlaku itu melanggar undang-undang. Lihat sendiri pada Youtube apa yang berlaku.
br />Najib dikira ramai sebagai PM yang responsive sebelum ini. Sayang sekali, bila Najib mengumumkan kemudian bahawa beliau akan menggugurkan Akta Hasutan dan menghidangkan Akta Harmoni Nasional sebagai gantinya, kebanyakan daripada ulasan yang diutarakan menyoal apakah iannya gula-gula yang berisi racun seumpama Akta Perhimpunan Aman dan Enakmen Akta Evidence 1950 atau Najib masih ingin meneruskan Transformasi yang sudahpun disangsikan di Malaysia dan di dunia antarabangsa.

Hasil perkembangan yang dikesali itu orang ramai ingin tahu ke arah manakah yang mahu dituju sebenarnya oleh Barisan Nasional (BN).

Najib kelihatan bertujuan membubar Parlimen selepas Idil Fitri, satu amalan yang dimulakan oleh Dr. Mahathir. Akan tetapi Najib Tun Razak bukan kebal. Malahan, menurut sebilangan pemerhati termasuk Tun Daim Zainuddin, BN di Semenanjung dijangka hanya mampu menang Johor, Melaka dan Pahang dan kemenangan-kemenangan itu pun bukannya sapu bersih.

Bersandar pada anggaran itu dan dengan memberi BN di antara 49 sehingga 51 peratus daripada jumlah undi pada pilihanraya umum ini, injury pada kredibiliti beliau dan kelampusan Transformasi akibatnya, justeru, boleh mengurangkan uncang undi asas BN pada daerah 35 ke 36 peratus saja di Semenanjung manakala bakinya terbuka untuk dipertarungkan, up for grabs.

Sudah ramai analysts dan pemerhati yang menyimpulkan bahawa MCA, Gerakan, MIC dan PPP sudah pun bernyawa ikan dan mungkin sekali bertangan kosong atau sekadar bertongkat.

BN tetap bergantung kepada undi Melayu di Semenanjung dan undi Melayu berpecah-belah.

BN terpaksa bergantung kepada pendalaman Sarawak dan Sabah dan dua buah negeri yang mempunyai 56 kawasan parlimen, justeru, menjadi king-maker, satu kenyataan yang boleh membawa kita ke mana-mana selepas pilihanraya ini sekiranya BN beroleh majority yang tipis.

Ringkasnya, pilihanraya kali ini pasti sengit. Dengan harga makanan dan barang-barang keperluan yang semakin melambung, Najib tidak kelihatan boleh membubar Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri pada masa ini kerana bumi yang beliau memijak terang-terang mungkin menelan beliau, macam pasir jerlus.

Ini bermakna hasrat Najib untuk membubar Parlimen sejurus selepas Idil Fitri pun akan bergantung kepada satu lagi dry run yang terperinci kerana profil undi telah bertukar akibat apa yang terjadi pada BERSIH 3.0.

Maka timbul pertanyaan asas : ke arah mana Umno dan BN hendak menuju?

Ubah kepimpinan dulu atau orak langkah untuk susun semula BN dengan kemasukan Pas atau DAP, jika mungkin.

Pada 9 Julai, secara diluar dugaan, dua hamba Allah yang tak dikenali sebelum ini, telah bertindak ala kamikaze di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, yang lelaki berniat mati dalam aksi itu seperti yang oleh beliau ditulis pada blognya, Jayanegara.blogspot.com.

Si wanita yang menjadi temannya adalah graduan UIA.

Yang terang pada blog si lelaki hanyalah kata kesatnya terhadap polis dan askar, yang oleh beliau dipanggil ‘anjing’. Tidak beliau ambil kira bahawa keganasan polis yang berlaku pada 28 April adalah mengikut arahan sesiapa yang tertentu, bukan sesuatu kelaziman.

Apa kaitan askar dengan kemarahannya masih menjadi tanda-tanya. Apakah anggota tentera terlibat dalam peristiwa 28 April?

Namun demikian, dorongan dan tujuan yang membawanya mendakap maut adalah terang. Dia dan temannya dah tak tahan lagi menanggung penderitaan, macam apa yang berlaku di Tunisia. Mereka menganggur. Enakmen Akta Evidence

Enakmen Akta Evidence 1950 adalah bahaya besar. Enakmen tersebut meletakkan semua blogger dalam bahaya kerana ianya mengandaikan apa saja artikel yang tersiar pada blog seseorang adalah karya blogger itu meskipun blog beliau kena hack dan artikel yang dimuatkan bukan hasil tulisan beliau seperti yang berlaku tempuh hari pada Marina Mahathir.

Ini membuka gerbang untuk selective persecution. Sesiapa saja di antara para blogger yang hendak diperosok ke dalam penjara oleh pihak berkuasa tidak akan punyai jalan untuk membela dirinya kerana dia diandaikan bertanggungjawab untuk apa saja yang disiarkan dalam blognya.

Apakah kerajaan atau pihak polis menghadapi sebarang kesulitan untuk hack mana-mana blog dan muat naik apa saja artikel yang dikehendakinya? Apakah para blogger yang menggunakan blog percuma seperti Blogspot dan Wordpress punyai kawalan ke atas blog mereka?

Maka suasana yang penuh tension telah pun kelahiran. Najib ditibai bertalu-talu dalam akhbar luar negara, termasuk Washington Post yang amat influential, bermakna usaha dan ikhtiarnya untuk beroleh penerimaan di Amerika tetap kepudaran.

Bila Najib diperlihatankan sebagai Demokrat Palsu, maka mau tak mau rakyat perlu tahu apakah BN akan berundur dengan aman kalau kalah atau apakah kita akan hadapi Arab Spring di Malaysia? Semakin hari semakin ramai yang tertanya-tanya sehubungan kemusykilan ini.

Bersih pula yang dipersalahkan. BERSIH

Kebangkitan BERSIH adalah sahutan intelligentsia negara untuk melahirkan Third Force, yakni Tenaga Ketiga yang kiri tidak kanan pun tidak demi memperjuangkan kepentingan masyarakat untuk pilihanraya yang bebas dan adil disamping beroleh kerajaan yang mahu mendengar dan melayani suara rakyat.

Tersirat pada objektif yang ringkas itu adalah kebebasan sivil dan hak asasi manusia, sejambak objektif yang berjaya membawa lebih 80 buah NGO yang menyertai BERSIH menjelang hari pertemuan 28 April 2012.
Masyarakat Madani, atau Civil Society, sudah hidup di Malaysia dan menanti sama ada dibunuh oleh kerajaan BN atau bersenandung dengan budaya politik baru.

BERSIH mujarab. Lantaran pihak berkuasa dengan segera membuat andaian bahawa Pakatan Rakyat telah hijack BERSIH dan sama sekali enggan melihat yang sebaliknya.

Apakah tidak Pakatan Rakyat pada yang sebenar hanyalah sebagai kawan seperjuangan Civil Society yang menunggang Harimau Berantai sedangkan Sang Harimau sudah pasang iktikad akan membaham Pakatan Rakyat jika gabungan politik tiga sekawan itu seleweng kelak?

Kerana BERSIH nescaya telah berjaya menjadi obor yang tunggal bagi rakyat dengan memainkan peranan Third Force, maka andaian pihak berkuasa yang demikian dan posisi para peserta dan penyokong BERSIH jelas kelihatan bertembungan, yakni berkonflik pada yang asas – satu pertentangan yang kurang bisa diuruskan melalui kompromi atau melalui rundingan kerana yang hitam pada yang satu adalah putih pada yang lain.

Maka kedudukan Najib yang mengutarakan Transformasi sebagai alternatif Reformasi semakin kepincangan.

Jelas kelihatan yang bertambah populer dan yang semakin membesar adalah BERSIH dan sukusakatnya, yakni Civil Society - satu ruang di antara kuasa politik dan kuasa kekayaan swasta yang diceburi rakyat untuk bersuara dan bertindak demi melindungi hak-haknya.

Civil Society memerlukan kebebasan berhimpun secara aman serta jaminan untuk rakyat diberi kebebasan civil, yakni hak untuk bersuara, mengkritik dan berhimpun secara aman. Ini objektif Reformasi dan setelah apa yang berlaku pada 28 April boleh kita menyimpulkan rakyat kini lebih senang dengan Reformasi dukungan Anwar Ibrahim berbanding Transformasi Najib.

Malahan, apa sebenarnya Transformasi telah menjadi soalan yang ternganga macam Batu Caves.

Kenapa BN keberatan memberi ruang yang diperlu untuk menyemerakkan Civil Society dalam langkah menuju ke arah masyarakat berpendapatan tinggi? Kenapa? Apa rahsianya? Wartawan

Pada peristiwa 28 April yang sangat dikesali itu, di antara para wartawan yang bertugas pun ada yang dibelasah secara sewenang-wenang. Mereka ditibai dan ada pula kamera atau kad rakaman para wartawan itu dirampas polis.

Di antara mereka adalah wartawan The Sun, Mohd Radzi Abdul Razak yang diserang tujuh atau lapan orang anggota polis yang membelasah beliau. Beliau sempat memberitahu bahawa beliau seorang wartawan dan mereka peduli tidak. Radzi ditumbuk dan ditendang sehingga masuk wad kerana luka-luka pada rusuk, tengkok dan rahangnya.

Menurut lapuran, bila beliau ditemui Najib di dalam wad, Najib membisik pada beliau ‘Saya minta maaf’. ----a. ghani ismail, 22 Julai, 2012

Melayu/Malaysia Dalam Galaxy Gutenberg



Ekonomi adalah perkara asas yang bukan boleh kita serahkan bulat-bulat kepada umarak (pentadbir) seperti yang sebilangan ulama Pas mahu melakukan. Mereka beromongan mengenai undang-undang syariat dan akidah sementara keperihalan pembangunan, agihan pendapatan, perkarangan kewangan, mata wang, fiskal, dagangan dan sebagainya, yang terletak pada bidang muamalat dan tadbir manzil, oleh mereka dipertanggungjawabkan kepada umarak.

Sikap sepertinya mungkin sesuai dengan negara pertanian. Meskipun perolehan industri Malaysia telah susut berbanding pendapatan daripada sumber-sumber utama, Malaysia bukan sebuah negara pertanian lagi.

Model ekonomi yang dipilih, justeru, adalah kewajipan utama bagi pemimpin, yakni Perdana Menteri, kerana beliaulah yang menentukan model dan seterusnya, susunan ekonomi dan masyarakat.

Model pilihannya menentukan apakah negara akan maju atau tidak, apakah pembangunan yang diutarakan sustainable atau tidak dan apakah masyarakatnya adil atau tidak.

Pada zaman Tun Abdul Razak sebilangan intelligensia negara termasuk mahasiswa mirip ke arah Sweden dan New Zealand sebagai model negara, ekonomi dan sosial untuk masa depan Malaysia. Kedua-duanya adalah Welfare State, muamalat yang kurang diminati Dr Mahathir Mohammad yang kemudian berkuasa sepanjang 22 tahun.

Jepun dipertimbangkan akan tetapi model ekonomi yang oleh Dr Mahathir dipilih itu kurang disenangi kerana masyarakat Malaysia, khusus Melayu dan Bumiputera, tak mungkin dibandingkan dengan masyarakat Jepun yang telah menyusun Zaibatsu mulai zaman Edo dan bila Revolusi Industri mencabar, Jepun segera berubah ke arah negara yang moden melalui Restorasi Meiji 1867/68 dan seterusnya membina serangkai Zaibatsu supaya menjadi benteng ekonomi dan pembangunan industrinya.

Pada masa yang sama Tanah Melayu berada dalam zaman yang oleh Haji Abdullah Hukum dinamakan ‘Zaman Keris dan Pemuras’, satu persaingan untuk sumber bijih timah dan emas di antara pakatan-pakatan Melayu-Cina yang berperang dan membuka lorong British berkuasa melalui Sistem Residen mulai 1874.

Zaibatsu adalah seumpama hawala, yakni rangkaian kewangan yang membawa biaya dan dana dagangan dan industri berpusat pada sebuah keluarga ningrat atau ghazi (warlord) dan bergerak seperti penjaringan yang saling bergantungan, contohnya yang satu menjadi pembekal kepada yang lain dalam industri-industri dan dagangan yang diceburi.

Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo, Yasuda semuanya berasal sebagai Zaibatsu.

Setelah tewas dalam Perang Dunia Kedua Jepun perlu tunduk pada kemahuan Am erika. Amerika kurang senang dengan sistem ini kerana iannya mudah beroleh kuasa monopoli disamping kurang mengimpot barang-barang intermediate. Jepun membuat sendiri apa yang boleh dibuat olehnya.

Maka sebilangan Zaibatsu dihapuskan sementara Jepun berkalih kepada sosialisme seketika sebelum merombakkan Zaibatsu supaya melahirkan Keiretsu.

Keiretsu sama saja darihal perangkaiannya dengan Zaibatsu akan tetapi berpusat pada sebuah bank dan rangkaiannya tersusun secara vertical dan horizontal.

Mahathir terokai jalan Keiretsu. Itu contoh Jepun.

Korea Selatan yang sosialis melahirkan Chaebol, yakni seumpama Keiretsu yang dana asasnya adalah pinjaman kerajaan akan tetapi bukan berpusat pada sebuah bank.

Contoh inipun Mahathir ikuti. Malahan, beliau cuba apa saja asalkan beroleh untung dan dapat membangun dengan sepintas petir, atau lebih cepat, yakni buat hari ini siap semalam, jika boleh.

Bersama Taiwan dan Singapura, Korea Selatan ketika itu sudahpun muncul sebagai salah sebuah Harimau Asia. Banyak negara memilih jalan Pandang Ke Timur pada masa itu dan Mahathir konsisten, bahkan beliau menuju terus ke arah Japan Incorporated dengan wawasan Malaysia Incorporated yang sampai sekarang beliau mahu mengejari.

Pulau Shakalin

Namun, ramai pemerhati kurang senanghati. Melayu, Bumiputera dan lain-lain kaum Malaysia tidak punyai sejarah dan semangat Jepun, bangsa Timur bertubuh kecil yang membuka mata dunia apabila berjaya menewaskan tentera laut Rusia di perairan Shakalin tanggal 1906.

Kata mereka Mahathir dah lupa ke diri. Tanpa sebarang asas perpaduan fikiran yang kukuh dan dengan terdapat sembilan orang Raja yang di antara mereka tidak pun mampu bersetuju sehubungan bila nak mula berpuasa dan nak berhariraya, bangsa Melayu tak akan mampu mempelopori perubahan segagah yang telah dicapaikan Jepun dan Korea Selatan dengan cara yang mereka melakukan.

Kemajuan seperti yang mereka mencapai memerlukan nasionalisme dan perpaduan fikiran yang mantap dan kental. Maka di Malaysia sebilangan pemikir terus menyeru supaya negara amalkan sosialisme Buruh dulu dan ikut cara Jepun dan Korea Selatan kemudian.

Mahathir, kata mereka, harus kenang taraf pelajaran Melayu dan Bumiputera sebelum melaju macam peluru untuk merombak Melayu dan Malaysia.

Persekolahan Melayu hanya bermula pada abad ke 20! Sandaran dasarnya pula adalah untuk mengajar ‘supaya anak-anak petani dan nelayan [Melayu] akan menjadi petani dan nelayan yang lebih baik.’

Sehingga dasar pendidikan dapat ditempah sendiri melalui Laporan Razak 1956, itulah dia dasar pendidikan yang terhidang untuk anak-anak bangsa Melayu di Tanah Melayu.

Pada sidebar Blog Naningku (sini) terdapat gambar dua buah sekolah Melayu. Sekolah Changkat Larang dekat Batu Gajah, Perak, didirikan pada tahun 1948. Bangunannya hanyalah bumbung, tiang dan lantai. Guru-guru sukarelawan.

Sampai tahun 1975 bangunan sekolah Melayu seperti itu masih banyak pada kampung-kampung di Terengganu. Kalau hujan murid-murid basah kuyup.

Maka kita perlu bertanya apakah perubahan budaya boleh disegerakan dalam konteks sebuah masyarakat Melayu dan Bumiputera yang terbiar seperti itu?

Pada Hikayat Pelayaran Abdullah kita punyai gambaran taraf dan kualiti hidup kelumpuk-kelumpuk Melayu, khusus di Pantai Timur. Pada hakikatnya gambaran itu tidak banyak berubah pada abad ke 20 sebelum kemerdekaan meskipun sebuah jalanraya telah dibina yang menghubung Kuala Lumpur,Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu, Kelantan.

Bolehkah kita percaya anak-anak bangsa yang hanya mampu beroleh persekolahan yang sedaif itu akan berjaya merombakkan cara hidup dan kesederan (consciousness) mereka dalam tempuh 30 tahun, ataupun dalam masa 70 tahun jika tidak didahului dengan perubahan serta amalan ideologi yang sesuai? Jika boleh, mana contohnya?

Persekolahan yang membolehkan anak Melayu memanjat sampai ke peringkat atas (tertiary) adalah melalui persekolahan Inggeris atau persekolahan Pondok, yakni persekolahan Arab yang oleh Tok Kenali hendak dijadikan persekolahan tiga bahasa - Melayu, Arab dan Inggeris akan tetapi tidak mendapat sambutan.

Pada rantauan tahun 1927, yakni sewaktu mobil pertama (jenama Austin) sampai ke Pasir Mas, Kelantan, terdapat beberapa orang Melayu di sana yang memberikan kereta itu rumput untuk makan, menurut ceritanya. Itu satu lukisan taraf budaya dan informasi pada zamannya di daerah tersebut yang merupakan bandar kecil.

Pada tahun 1977 di Dabong, Kelantan, para penduduk, sewaktu mera’ikan kunjungan Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, memainkan muzik berentak dengan mengetuk kayu yang dipaku pada buah-buah kelapa kosong.

Demikian kilasan taraf budaya sebilangan Melayu pada tahun tersebut.

Di sebilangan Rumah Panjang Sarawak masih terdapat tengkorak-tengkorak moyang dibunuh yang dijamu kuih-muih. Itu dia kilasan budaya sebilangan Bumiputera Malaysia sampai sekarang.

Maka Tun Razak memilih untuk mendakap ideologi Buruh (Labor) dulu dan sementara itu, segera memberikan pendidikan terbaik mungkin untuk anak-anak bangsa dan merombakkan masyarakat dengan membuka peluang sampai ke aras tertinggi untuk Melayu dan Bumiputera khasnya dan lain-lain kaum pada yang am.

Melalui rancangan Felda pula segolongan Melayu dan Bumiputera yang menjadi peneroka ditanam perlahan-lahan dengan aturcara dan etika kerja berkelumpuk dan seterusnya ideologi Buruh evolusioner, bukan revolusioner.

Tun Razak menaruh harapannya pada Pemuda Umno dan di Morib tahun 1975 beliau menanam penglihatan dan pendekatannya. Malang sekali, pemergian beliau ditempah ilahi berjadual lebih kurang setahun lagi.

Tampil Dr Mahathir pada tahun 1981. Darihal pendidikan anak-anak bangsa Mahathir pantas. Oleh beliau dikirim lebih kurang 20,000 pelajar ke seberang laut setiap tahun untuk mempelajari segala bidang yang diperlukan, di antaranya bidang hidrokarban yang sekarang bergemerlapan dalam parti Pas macam Bintang-Bintang Ketika Di Langit Hijau.

Mahathir berjaya. Syabas bradder! Tanam pada UMNO jasanya hidup jiwanya pada Pas. SYABAS!

Pada dada pertiwi Dr Mahathir buka peluang istimewa bagi anak bangsa pada semua universiti-universiti awam sementara yang bukan Bumiputera beroleh ruang pada universiti-universiti swasta. Ini perlu dilakukan.

Mahathir, yang jadi PM pada tahun 1981, ada sekitar sembilan tahun saja sebelum genap masa untuk memajukan Melayu dan Bumiputera menurut lunas-lunas Dasar Ekonomi Baru (DEB) agar Malaysia mungkin menerokai satu rupa bangsa.

Walau demikian, lazimnya orang ramai kurang percaya Mahathir akan menuju ke arah melahirkan anak semua bangsa di Malaysia kerana jiwa nasionalis Melayu pada beliau terus pekat, satu sikap politik yang praktikal dalam konteks pelbagaian kaum, kongsi kuasa dan ceriterawara sejarah.

Lawan Masa

Kita berlumba melawan masa. DEB terhad pada 1990. Itu satu kesilapan yang Mahathir cuba ubah dengan membawa Just Faalan dan Rais Saniman supaya kaji keperihalannya dan mereka syor supaya DEB diteruskan sepanjang 10 tahun lagi, yakni sampai 2000.

Itu tak menjadi satu solusi. Masa tambahan tentu sekali bukan solusi untuk satu keperluan pembaharuan budaya dan mind-set dalam konteks kemajuan teknologi yang hebat. Keperihalan pembangunan masyarakat sisa penjajah yang terbiar bukan boleh disamakan dengan bolasepak yang mungkin menggunakan masa tambahan.

Teknologi digital dan ICT yang menggabung berbagai media, dengan ada Internet pula, menempah satu lagi galaxi baru sepertimana ciptaan Mesin Cetak Bergerak oleh Gutenberg pada tahun 1440 telah merombakkan dunia dengan membolehkan percambahan informasi dan pandangan (opinion) yang menghakiskan monopoli informasi dan pendapat yang masa itu dikuasai Gereja di Barat. Gerakannya membawa kepada perpisahan Gereja dan Negara.

Sekulerisme membebaskan pemikiran Barat dan sekularisme, bukan agama, adalah tenaga yang memajukan budaya saintifik dan teknologi ke arah kemajuan industri dan semua bidang sains sosial dan humanis seperti pendidikan, kesihatan, seni dan sastera. Ini membawa masyarakat ke arah agihan pendapatan dan kemajuan taraf hidup yang kita menyaksikan.

Pemikiran sekularisme itulah juga yang menjadikan hak asasi manusia dan kebebasan civil sebagai keunggulan-keunggulan akhlak dan keunggulan-keunggulan belia (ideals of youths) dalam kandungan masyarakat demokeratik yang diperjuangkan zaman berzaman ke arah mencapai keadilan sosial dan masyarakat dunia yang egaliter.

Ianya adalah keunggulan belia, the ideals of youths, yang terus terbawa daripada Revolusi Amerika dan Persancis sampai sekarang dan telah menyalakan obor dalam Arab Spring di masa ini.

Hembusan berbau kesturi ini berlaku di dalam dunia yang sama sekali tidak adil darihal agihan pendapatan, milik harta, kemudahan dan agihan makanan.

Kualiti pemakanan binatang belaan di Barat adalah berpuluh kali lebih baik daripada kualiti pemakanan lebih dua bilion manusia daripada 7.3 bilion yang bernyawa pada bumi di masa ini.

Mahathir terdampar pada ketidakadilan sosial (social inequality) di dunia yang beliau sendiri kerap membantah. Mahathir, kerana beliau memburu perubahan yang laju macam ribut, telah memilih untuk merumuskan kuasa dengan mendirikan elita yang kaya di bawah takluknya sendiri.

Beliau ambil langkah-langkah yang menggeram untuk menyiku sistem perpisahan kuasa Montesqueue, yakni perpisahan di antara kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman, satu langkah yang melawan arus kerana dengan kemajuan ICT yang menjadi kuala pertemuan di antara berbagai teknologi yang termuat dalam multimedia dan Internet, yang paling utama dalam kesedaran atau consciousness para penggunanya adalah kebebasan (liberty), ketelusan (transparency) dan kerahsiaan peribadi (anonymity) kerana alat-alat komunikasi digital ini tidak memberi sebarang ruang rahsia dan privasi peribadi.

Mahathir melawan arus yang beliau sendiri menempah di Malaysia dan tahu selok-beloknya. Mahathir telah membawa ke mari pakar-pakar dunia komunikasi maklumat dan mereka membantu beliau, barangkali kerana beliau, sebagai seorang pemikir yang saintifik, mudah menanggap raksaksa teknologi yang membangun dan yang membawa galaxi Gutenberg Baru dan yang bakal membawa perombakan budaya dan geopolitik lebih besar daripada perombakan yang berlaku akibat Revolusi Industri dan ciptaan kapal tenaga wap.

Mahathir tentu tahu tapi Mahathir buat juga.

Tanpa sebarang ideologi sekuler yang asas dan yang membolehkan perpaduan secara yang melampaui perbatasan keturunan bangsa dan agama, Mahathir kesudahannya tertiarap di hadapan gelombang yang jauh lebih besar daripada 1001 avatar Mahathirem.

Kontrektor Berwibawa

Di antara langkah paling dikesali yang oleh Mahathir diorak adalah sehubungan Kontrektor Berwibawa, yakni satu program untuk kontrektor terpilih menjadi cepat kaya dan yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Mahathir menggunakan skim ini untuk mendapatkan sebilangan kontrektor yang dijadikan kaya melalui ‘kontrek nego’ (‘negotiated tender’) dan seterusnya sebilangan di antara mereka, juga oleh Mahathir, digalakkan bergerak di dalam Umno sebagai member-member elita kaya.

Mereka beli undi dari peringat cawangan sampai ke peringkat bahagian. Mereka tabur wang sampai ke peringkat Majlis Tertinggi, membuat Timbalan Presiden Umno dulu, Pak Ghafar Baba, pernah berkata ‘ ...kalau begini kenapa tidak lelong saja kerusi PM?’.

Mereka ini hampir semua adalah kontrektor Ali-Baba. Yang bukan Ali-Baba hanyalah beberapa kerat saja, kurang 15 daripada jumlah lebih 300 yang berjaya menjadi kaya.

Mahathir adalah strongman. Orang Umno segan padanya dan kerana itu mereka sorok-sorok perbuatan “money politics” yang bermakna jual-beli undi, atau rasuah.

Apabila Mahathir gugur dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dulu dikenali ramai sebagai ‘Pak Lah’ menjadi Presiden, pada pilihan Majlis Tertinggi Umno tahun 2004 transaksi undi perwakilan telah jadi macam pasaran jam tangan palsu di Chow Kit, bebas dan terbuka, serta larislah.

Umno jahanam akibatya. Sudahlah tak ada ideologi asas, inikan pula sudah samasekali tidak ada amanah dan tak ada perasaan malu memecah amanah bangsa.

Kata beberapa orang tokoh yang menjadi ahli Majlis Tertinggi parti kebangsaan Melayu itu, perbuatan membeli-belah undi perwakilan ‘bukan rasuah’ kerana ianya berlaku sesama ahli-ahli parti itu, bermakna Umno telah menjadi hak elita kaya yang rasuah kerana bukan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi terlibat dalam amalan buruk itu.

Perbuatan sepertinya tetap bongkak. Mereka samasekali tidak pedulikan nilai dan pertimbangan masyarakat, kelabu mata semata-mata kerana Umno telah menjadi saluran kekayaan kerana Malaysia sudah menjadi telaga emas untuk pihak berkuasa meskipun masih jauh daripada tangga Negara Maju yang Korea Selatan telah mencapai dalam tempuh 16 tahun saja.

Hasilnya Umno tidak lagi bahtera perjuangan yang unggul, tidak lagi perjuangan yang menjiwai semangat kemerdekaan dan perjuangan untuk mengisikan kemerdekaan itu dengan pembangunan, kemajuan, kemakmuran yang adil supaya mampu melahirkan sebuah bangsa berbudaya baik yang berupaya berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan semua bangsa-bangsa di dunia.

Pendekata, Umno sudah hampir tidak relevan kepada perjuangan bangsa dan negara pada generasi baru. Umno kurang relevan kepada belia dan khususnya bagi mereka yang termuat dalam galaxi Gutenberg Baru, Umno sama sekali tidak membayangkan perjuangan ke arah mencapaikan keunggulan-keunggulan belia sedunia, the ideals of youths the world over.

Umno perlu ditempah semula, reinvention dan rebranding.

Satu Malaysia PM Najib dah kena dengan masanya. Yang perlu disoal adalah mampukah Transformasi Najib Tun Razak menghidupkan Umno dan BN sebagai pelopor perjuangan bangsa-bangsa Malaysia dalam perkarangan Galaxi Gutenberg Baru yang bersifat global? Atau apakah Najib hanya mampu menempah kemenangan tipis seperti March 2008 dan berikutannya menghanyut.

Johor pun bukannya milik Umno yang tak tercabar pada pilihanraya kali ini.

Lebih 72 peratus daripada para pekerja berpendapatan RM 1500 sebulan atau kurang. Ini adalah 55 tahun selepas merdeka!

Kerana harga barang-barang keperluan telah melambung dalam tempuh tiga tahun ini, pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup keluarga melainkan pasangan mereka bekerja dan beroleh pendapatan yang sebandingan, yakni jika RM 1000 ke atas. ,br />
Harga Ikan Merah sudahpun melebehi RM40.00 dan Ikan Tenggiri berharga RM38 sekilo semalam. Perut cakitlah!

Model ekonomi yang lama dah tak terpakai.

Inilah cabaran utama Najib, yakni isu bread and butter yang menjadi sangat sensitif kerana kes-kes rasuah mega dan pembaziran sudah pun menjadi adat. ,br />
Wanita Utama Rosmah diberitakan telah memesan cincin berlian berharga RM atau US 24 juta. Perkara ini tak diurus dengan bijak.

Gaji KSN yang dicadangkan adalah RM 60,000 sebulan manakala gaji AG RM80,000 sebulan. Adil?

Shahrizat? Oooooh!

Benteng BN, Pahang, pun akan ditembusi.

Kemenangan BN lebih bergantung kepada Sabah dan Sarawak yang punyai 51 kerusi parlimen. Jika rasa berkalih pada pendalaman di sana.....adoi!

Kalau tak ada perubahan ideologi dan model ekonomi/sosial yang mampu membawa keadilan sosial, walau BN menang pada pilihanraya umum ke 13, BN akan tewas pada pilihanraya umum ke 14. - a. ghani ismail, 12 April 2012.



(Bersambung)

Melayu No Contest




Bekas presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah, yang kedengaran mahu menuruti dasar ekonomi pasaran bebas, eloklah memikir habis-habisan kerana kedudukan masyarakat Malaysia tidak sama dengan Amerika Syarikat yang kebetulan mendakap agihan pendapatan di antara yang paling tidak adil di dunia.

Baru saja Presiden Obama cuba membantu lebih 36 juta warga Amerika beroleh liputan insuran yang jika tidak diberi kepada mereka melalui intervensi kerajaan jumlah warga yang tersebut tak mampu membiayai insuran kesihatan sendiri.

Ramai di Amerika, negara kapitalisme nomor one, yang menentang tindakan perikemanusiaan dan keadilan sosial Obama. Mereka membawa dasarnya itu ke mahkamah agung Amerika untuk diuji apakah ianya tidak melanggar perlembagaan negara terkaya yang sekarang berhutang lebih 16 trillion dolar, keadaan yang seumpama telur di hujung tanduk.

Razaleigh perlu hadapi kenyataan. Sementara kita di Malaysia tidak mencumburui kaum Cina, tak mungkin pula kita menutup mata sehubungan kejayaan bangsa yang rajin, inovatif dan yang sukses dalam dagangan/industri itu tanpa sebarang intervensi kerajaan untuk mencapaikan adil immarah.

Di Indonesia, kaum Cina yang hanya berjumlah empat peratus, berjaya memiliki hampir 80 peratus ekuiti di negara itu, yakni negara Islam yang terbesar di dunia.

Lebih 60 peratus industri pembuatan di Thailand turut menjadi milik warga keturunan Cina, demikian lagi sejumlah bank-bank swasta, satu fenomena yang meliputi hampir seluruh Asean dan sekarang mempunyai Singapura sebagai pusat kejayaan kaum yang asalnya migran dan yang telah meninggalkan negara mereka untuk mencari kekayaan dan sukses.

Kaum Cina di Nanyang (Laut Selatan) telah menumbuh sebagai kaum dagangan/industri yang berjaya dan vibrant. Ia punyai struktur, adat dan peraturan lengkap untuk melindungi kemajuannya sebagai sebuah masyarakat dagangan/industri.

Kaum Cina juga mempunyai hawala, yang membolehkannya memindahkan wang ke negara-negara yang punyai wakil hawalanya tanpa melalui bank dan dengan tidak perlu menuruti sebarang peraturan atau membayar cukai untuk transaksinya.

Melayu dan Bumiputra di Malaysia samasekali bukan bandingan. Sampai sekarang Melayu dan Bumiputra belum berjaya mendirikan walau sebuah Kongsi atau Guild yang hidup aktif demi melindungi kepentingan ahli-ahlinya.

Dr Mahathir, masa beliau menjadi PM, telah arah supaya guilds atau kongsi-kongsi Melayu dan Bumiputera segera ditubuhkan. Maka sebuah guild (kongsi) peringkat kebangsaan pun diwujudkanlah, diusahakan oleh Jabatan PM dan guild itu pun melampuslah seperti sebilangan langkah-langkah lain dalam usaha untuk memajukan BCIC, yakni komuniti biznes dan industri Bumiputera.

Kalaulah guild yang dimaksudkan itu hidup bernyawa ikan, ianya menunggal dan kurang aktif.

Lain-lain guild dagangan Melayu/Bumiputra tak wujud.

Melayu mendukung Islam semata-mata sebagai kepercayaan, ritual, undang-undang dan upacara, tidak sumbangan-sumbangan Islam pada tamadun, khususnya budaya biznes seperti guilds, hawala, caravanserai, letters of credit dan lain-lain.

Pendekata, budaya dan prestasi kaum-kaum di Malaysia tidak sama. Sementara ahli-ahli politik kita berlumba-lumba untuk beroleh penerimaan Amerika dan Eropah, kita samasekali tidak boleh menafikan bahawa sampai sekarang yang ada sebagai wakil-wakil biznes dan industri Melayu dan lain-lain Bumiputera adalah golongan elita yang berguna untuk mentadbir perolehan ekuiti Melayu/Bumiputra.

Ekuiti itu sekarang kedengaran sudah kembali berjumlah lebih 22 peratus.

BCIC tak wujud selain rangka, macam rangka jebon dalam makmal sains sekolah - ada rupa tapi tak hidup.

Sebuah komuniti hendaklah mempunyai unsur struktur dan organisasi. Jika tidak kita tidak menanggapnya sebagai komuniti atau kelumpuk.

Yang ada pada kaum biznes/industri Melayu dan Bumiputera hanyalah Dewan Perniagaan atau Chambers of Commerce, yakni bumbung struktur komers/industri bangsa Melayu dan Bumiputera, tapi tiang tak ada, dinding tak ada, lantai pun tak ada.

Mampukah Melayu/Bumiputera bersaing dalam kontek Cina menjadi ekonomi nomor satu dan India nomor dua, justeru, menjadi soalan yang ternganga macam mulut harimau yang mengaum.

Dr Mahathir kurang ambil berat mengenai peruncit atau retail biznes. Tak apalah, kerana beliau tak ambil berat integrasi antara kaum.

Bagi mereka yang mahu integrasi antara semua kaum di Malaysia, cubalah melancong ke Pekan-Pekan Melayu, Pekan-Pekan India atau Little India dan Pekan-Pekan Cina di Kuala Lumpur, Seremban dan Pulau Pinang sebagai pelajaran asas dan kemudian turunlah daripada indera supaya boleh kita bicara sehubungan mungkinkah integrasi kaum-kaum Malaysia tercapai kelak menuruti lunas-lunas Satu Malaysia atau Malaysia Oh Malaysia.

Cina boleh tutup kedai untuk menjayakan hartal tanpa bantuan Melayu dan India. Ini satu kuasa strategik Cina di Malaysia yang semua akui.

Jika integrasi antara kaum-kaum tak mungkin dicapaikan di Malaysia, barangkali eloklah tokoh-tokoh politik kita diberitahu dengan tegas supaya hadapi realiti dan jangan beromongan kalau kaki tidak berpijak tanah. Model masyarakat apa yang terbayang dalam otak? Model apa? Assimilasi?

Melayu dan Bumiputera akan ditelan hidup-hidup jika tidak ada intervensi kerajaan dan model masyarakat yang tersusun menurut model yang disetujui seperti yang telah dilakukan oleh Tun Razak Hussein.

Ekonomi Malaysia perlu merupakan ekonomi campuran atau mixed ekonomi.

Memang kita perlu menuruti WTO, UNDP dan sekadarnya juga World Bank. Namun, itu tidak bermakna kita perlu melutut.

Maslahah

Maslahah (kepentingan awam/public interest) seharusnya diteruskan sebagai asas takrif politik, yakni bahawa politik adalah perolehan kuasa dan pengagihan kuasa itu untuk mencapai maslahah yang tertinggi mungkin, the highest public good, atau baldatun taibun wa Rabbun ghafur dalam bahasa Arab.

Kepentgingan awam, justeru, merupakan ukuran baik/buruk sesebuah rejim pemerintah, bukan kepercayaan atau agama, bukan omongan yang cekap dan bukan juga kuasa mutlak seperti yang hendak diamalkan semula oleh sebilangan Raja-raja menurut ucapan Mufti Perak, Harussani, pada pelancaran JATI Februari 21, 2012.

Islam dan budaya Melayu sama-sama tidak membenarkan monarki absolut atau apa juga kuasa mutlak. Setiap orang rakyat hendaklah mempunyai lorong untuk melindungi nyawa, anggota, keluarga dan hartanya daripada dizalimi, disongglap atau dirampas pihak berkuasa sama ada pemerintah civil, agama ataupun raja.

Raja adil raja disembah. Raja zalim raja disanggah. Itu berlawanan dengan kuasa mutlak. Rakyat punyai hak.

Politik turut berasaskan saingan untuk segala macam sumber atau resources sepertimana Barat telah datang ke mari untuk beroleh “rempah ratus”, kemudian bijih timah, besi dan emas dan seterusnya mereka mahu membuka pasaran untuk barang-barang pembuatan mereka dan kita diperkenalkan kepada konsumerisme.

Demikian lagi kaum Cina. Mereka yang datang pada abad ke 19 terbit ke mari untuk menceburi saingan untuk sumber atau contest for resources. Mereka terlibat secara langsung dalam Perang Perak, Sungai Ujung dan Pahang untuk bijih timah, emas dan kongsi kuasa.

Pada keperihalan ini Umno celik, Pas tidak. Pas baru memberi perhatian kepada pembangunan kerana kepimpinan Abdul Hadi Awang. Beliau, secara kebetulan, berasal daripada famili yang ceburi biznez dan industri. Tok Wan beliau adalah partner Abdul Rahman Limbong, saudagar kapal yang mengepalai Pemberontakan Terengganu tahun 1926-27 dan mati dalam pembuangan di Mekah.

Dengan kepimpinan Hadi Pas pun dapatlah sebuah bangunan tujuh tingkat di Kuala Lumpur, sebuah Kolej di Taman Melewar dan sebuah projek perumahan di Selangor.

Itu Hadi Awang. Nik Aziz lain sekali. Ada Pasar Tok Guru pun hampir masuk bicara mahkamah. Itu saja pembangunan pejal yang kedengaran dalam tempuh 22 tahun di Kelantan sejak beliau menjadi MB. Yang lebihnya kosmetik.

Pendekata, adalah terlalu ganjil bagi orang-orang Melayu menaruh harapan kepada parti hijau bermata bulat itu. Dalam kontek saingan untuk sumber yang merancak sekarang, parti itu tak guna, dan Pas tidak pun punyai konsep pembangunan.

Parti ini samasekali tidak terlibat dalam saingan untuk sumber atau resources. Yang penting padanya Hudud, Kisas, Takzir. Ooolala!

Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi kerana mereka tidak pedulikan perlumbaan untuk sumber-sumber. Dapat tanah Simpanan Melayu dah bersyukur. Apa macam kepentingan bangsa?

Umno Harapan Melayu


Harapan Melayu, justeru, hanyalah pada Umno, yakni jika ia punyai kesanggupan membuang yang buruk dan kembali pada yang asal, khususnya kepada perjuangan Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Mahathir Mohamed, dilihat sebagai bergu dalam keperihalan lumba untuk resources.

Tun Mahathir, meskipun pragmatik secara ekstrim dan dipandang orang telah membuka pintu gerbang rasuah dalam perkhidmatan awam, mahu tak mahu perlu diakui berjaya mempertingkatkan kaum Melayu dan Bumiputera dalam saingan untuk resources sehingga membolehkan mereka menceburi semua bidang di Malaysia, termasuk pembuatan mobil dan kapal (yang sekarang hampir berkubur).

Tak mungkin kita lupa Pak Lah telah menjual Agusta yang dimiliki Proton untuk RM4.50 sen dan kata sebilangan orang dalam Umno, milik harta yang bernilai hampir satu bilion Ringgit itu kemudian dibeli oleh menantunya, Khairy Jamaluddin dan rakan-rakan. Entah benar atau palsu. Begitulah tanggapan sebilangan ahli-ahli Umno.

Visi Mahathir membawa kita ke arah utara. Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) menuju ke selatan menyerah diri pada Singapura.

Itu pun telah jadi dalam kepimpinan Umno, bukti kukuh bahawa Umno sudah ketiadaan perpaduan fikiran dan kiblat, yakni dah menjuling dan berkaki pengkak macam koboi tua kerana ketiadaan ideologi asas.

Cawangan MCA di Ulu Yam, Ulu Selangor, adalah sebuah pusat sumber (resource centre). Ahli-ahli akan peroleh maklumat (information) yang sangat berguna.

Contohnya, pada papan kenyataan pejabat kecil itu akan dipaparkan maklumat berapa ramai pekerja binaan diperlukan pada projek-projek di Selangor atau di mana-mana lain. Permintaan untuk sejuta batu bata, 30,000 bag simen, untuk 70 buah lori mengangkut pasir an lain-lain. Matlumat sepertinya akan dipaparkan dengan nomor-nomor talipon dan nama-nama orang yang perlu dihubungi.

Demikian lagi informasi sehubungan projek-projek yang akan dilancarkan kerajaan atau swasta sekitar Selangor.

Jika kita hendak hidupkan BCIC, tentulah informasi seperti itu menjadi keperluan asas.

Apakah anda pernah ketemu sebuah pusat sumber seperti itu di mana-mana pejabat Umno atau Pas atau PKR? Di mana? Atau agensi kerajaan? Yang mana?

Antara kaum Melayu dan Cina dalam biznes dan industri Melayu terang-terang no contest pada negara ekonomi pasaran yang bebas. Perkaranya semudah itu. Kaum India pun sedang maju dalam bidangnya tapi Melayu syapadu sampai ada GLC yang hutang dan rugi berbilion-bilion. Syabas!---a. ghani ismail, 3 April, 2012

Scroll down untuk Bahagian 1 dan 2

Ke Arah Mana Melayu?



Ngilai setan menyeram semula di Tanah Melayu.

Lebih kurang 40 tahun setelah Tun Abdul Razak Hussein mengambil kuasa pada tahun 1970 dan menerokai jalan terang untuk membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat, agihan pendapatan antara Bumiputera dan Bukan-Bumiputera sudah kembali cemas.

Pendapatan purata rumahtangga Cina di Malaysia, sebagai contoh, kini berada sekali ganda pendapatan purata rumahtangga Melayu, satu keadaan yang lebih berat berbanding keadaannya pada tahun 1969 manakala lebih 63 peratus Melayu berada di luarbandar (dan miskin) sedangkan kebanyakan Cina menduduki bandar-bandar.

Di Kuala Lumpur jumlah Melayu tak sampai pun tujuh peratus pada tahun 1969, termasuk PJ. Itulah tahun yang membawa tumpah darah akibat konflik perkauman.

Sekarang lebih kurang 63 peratus orang Melayu menghuni bandar-bandar di Malaysia. Namun, prestasi mereka dalam perkarangan ekonomi bandaran yang korporatis/komersyel/konsumeris ini jauh sekali daripada memuaskan, bermakna dengan ringkasnya, Melayu (dan Bumiputera) masih tidak punyai daya saingan dengan kaum Cina dan lain-lain.

Maka kerajaan menyandarkan dasar kemajuan Melayu dan Bumiputera pada golongan elita, khusus elita yang celik komerse sebagai kontrakter, biznezmen atau tokoh korporat.

Darinya lahirlah segelintir Taikong-Taikong Melayu yang dengan kerjasama saudagar-saudagar Cina dan India dapatlah sebilangan menjadi bilioner dan multimilioner.

Dengan kejayaan seperti itu lahirlah susunan masyarakat Melayu yang kelihatan bagai pucuk rebong, sayup menajam.

Dengan itu maka terjadilah adegan yang sungguh menarik bila Amanah Saham Nasional telah dilancarkan.

Hanya empat peratus orang-orang yang terkaya telah kebas 80 peratus daripada saham-saham Amanah Saham Nasional dan baki 20 peratus saham bagai hampas itulah yang dimiliki orang-orang Melayu dan Bumiputera seperti ibubapamu.

Di samping itu Dasar Ekonomi Baru Tun Razak habis diselewengkan dan projek-projek untuk kemajuan Melayu dan Bumiputera disongglap. Sebanyak 85 peratus daripada jumlah besar projek-projek itu telah meniris.

Angka yang disebut itu adalah dedahan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sewaktu beliau menjadi PM. Kita tidak punyai sebarang sebab untuk menyangsikannya.

Siapa yang hendak kita salahkan? Tun Dr. Mahathir Mohamad?

Kepimpinan Dr Mahathir maju akan tetapi celar kerana korupsi terbuka yang terlalu menjadi-jadi seolah-olah kemajuan mustahil dicapaikan tanpa rasuah.

Walau demikian, Dr Mahathir telah berjaya mehjadikan Malaysia sebuah negara industri dan meningkatkan pendapatan serta pendidikan sebilangan yang cukup untuk orang ramai menghormatinya.

Kadar dan tahap kemajuan yang tercapai oleh kerajaan BN pada zaman Mahathir belum pernah dirasakan di Malaysia sebelumnya. Oleh yang demikian orang ramai menyokong Mahathir meskipun semua tahu rasuah menjadi-jadi pada 17 tahun daripada 22 tahun yang beliau memimpin.

Dalam lain perkataan, kejayaan materialis yang tercapai adalah cukup untuk meluntur dan melampuskan tekad moral dan akhlak masyarakat Melayu dan lain-lain masyarakat Malaysia, bermaksud orang ramai membiarkan rasuah dan kesongglapan itu terus berlaku.

Tak mungkin Dr Mahathir seorang saja yang betanggungjawab. Mahathir kerja keras dan berjaya memperkenalkan Malaysia pada seluruh dunia sebagai salah sebuah negara yang melawan arus dan dinanti-nanti untuk menjadi negara Asean dan negara Islam pertama yang mendakap status negara maju.

Mahathir turut berjaya memberikan harapan kepada rakyat.

Zamannya menghadapi kemelesetan ekonomi yang perit berulangkali dan ditojah pula oleh ghaza matawang (currency raid) yang akibatnya sungguh dahsyat. Beliau berkeras dan beliau bertahan. Jika tidak rakyat jelatalah yang akan menanggung derita menahun.

Sekiranya kita menuruti kemahuan Anwar Ibrahim yang hendak menyorongkan negara ke bawah IMF pada tahun 1998, semua lembaga dan tabung amanah Melayu dan Bumiputera dah tetap dipaksa tutup. Ke mana destini Malaysia dan khususnya destini Melayu, justeru tentu sekali masih menggelap sampai sekarang bagai orang minyak.

Mahathir mengikat matawang Malaysia kepada dolar Amerika dan langkah itu menahan kejatuhan matawang kita sehingga meranap . Langkah itu sekaligus menyelamatkan wang simpanan rakyat dalam bank dan tabung-tabung simpanan lain, tidak seperti di negara-negara Asean lain dan di Asia Timur yang terpaksa menutup banyak bank, bermakna semua simpanan rakyat lesap dengan sekelipmata.

Urusan ekonomi, kewangan, dagangan, matawang, pelaburan dan tabungan di dunia banyak sekali karenahnya. Karenah-karenah ini bukannya jenis yang mampu diatasi melalui pelaksanaan Undang-Undang Hudud maupun dengan kita menuruti teks Dharuriyat al-Khamsa (lima keutamaan masyarakat) yang dikumandangkan oleh Imam al-Ghazali pada abad ke 12/13 Masehi.

Dunia sudah tak serupa sejak masa itu. Demikian lagi prioritas pada pentadbiran ekonomi, sosial dan geopolitik dunia. Semua sudah jauh berubah.

Meskipun nilai-nilai kemanusiaan pada Dharuriyat al-Khamsa yang diutarakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin memenuhi maslahah (kepentingan awam/public interest) yang kita cita-citakan, alam sekitaran atau environ manusia tidak mengizin kita mendirikan keutamaan-keutamaan yang sama.

Wanita zaman sekarang mahu hak yang sama dengan lelaki dan turut mahu mendirikan kerjaya. Apakah kita masih hendak menidakkan hak wanita dan mahu supaya mereka kembali ke dapur, menjaga anak-anak dan melayan suami saja?

Penduduk bumi, yang mencapai jumlah satu bilion pada tahun 1900, kini sudah melebehi tujuh bilion, yakni tujuh kali lipatganda dalam tempuh 112 tahun.

Keutamaan masyarakat tak mungkin sama di antara masyarakat abad ke 12/13 dan sekarang.

Islam sudah jauh ketinggalan. Kesan dan akibat Inner City (Pusat Dalaman Bandaraya) pada pertumbuhan kanak-kanak dan remaja pun belum ada sebarang jawapan daripada tokoh-tokoh ulama dan ustaz-ustaz seluruh umat Islam. Inikan pula masalahnya merupakan masalah global.

Islam tidak terlibat secara langsung dalam urusan mencapai solusi untuk cabaran-cabaran zaman sekarang. Hudud yang ditagih. Apakah semua cabaran zaman akan terhapus secara automatis bilamana Hudud dilaksanakan?

Akan tetapi ini adalah keperihalan aqidah dan syariat yang agama mengutamakan. Apakah masalah-masalah duniawi lebih baik dihadapi secara sekuler dan agama bukan medannya untuk mecari solusi-solusi yang diperlukan, justeru, merupakan soalan yang tidak mungkin mahu diterima oleh mereka yang percaya agama Islam sebagai agama yang telah Tuhan sempurnakan untuk selama-lamanya.

Sementara waktu, bagi negara-negara yang memerlukan pelaburan asing, sama-sama kita tahu untuk setiap dolar yang dilabur lebih kurang lapan dolar akan dibawa pulang ke negara asal modal pelaburan itu.

Pada yang lazim semakin banyak laburan asing dimasukkan ke dalam negaramu semakinlah kau akan menjadi kurus kering, kecuali golongan yang berkuasa dan yang menelan rasuah.

Kalaulah negara mendapat laburan hedge funds pula, seperti Greece, alangkah cantiknya bunga-bunga yang kemekaran nanti – sampai bankrup dikebas olehnya!

Apa jawapan mufti-mufti dan para syaikh ul-Islam sehubungan kesonggalapan kewangan dan dana laburan seperti yang berlaku itu, dulu di Brazil, sekarang pada Greece dan beberapa buah negara Eropah lain.

Apa Islam punyai jawapan? Di mana hendak kita mencarinya?

Maka berhadapan dengan hakikat Malaysia sebagai sisa penjajah dan Melayu dan Bumiputera terbiar kelantaran di bawah rejim penjajah, maka Tun Abdul Razak Hussein, sejurus selepas beliau berkuasa pada tahun 1970, oleh beliau diperkenalkan Barisan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru.

Kita tahu Dasar Ekonomi Baru (DEB) mendokong matlamat membasmikan kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat. Itu kita dah tahu.

Akan tetapi, disebalik semua itu adalah langkah Tun Razak mengambilalih kuasa ke atas syarikat-syarikat multinasional British yang telah mereka dirikan pada zaman penjajahan dan yang memilki sebahagian besar hartanah dan hasil mahsul Malaysia.

Tun Razaklah yang berbuat demikian dengan satu kumpulan kecil tokoh-tokoh muda Melayu dan Bumiputera sehingga ibu-pejabat-ibu pejabat syarikat besar-besaran seperti Sime Darby, Guthries, London Tin dan lain-lainnya dapat dikuasai oleh dana tempatan dan sekaligus lembaga pengarah mereka diambilalih.

Itulah objektif utama nasionalisma Melayu. Itulah dia lorong yang membolehkan anak Melayu dan Bumiputera menjelajah angkasa koporat. Sampai pada masa itu sebilangan ahli-ahli Pas bersetuju dengan sayap kiri Melayu untuk menerokai dasar sekuler sebagai pendekatan untuk menangani masalah Melayu dan Bumputra yang menjadi sisa penjajahan.

Kalau tidak dilakukan sedemikian itu, haram anak-anak Melayu dan Bumiputera hendak menjejaki pengurusan tinggi dan lembaga pengarah syarikat-syarikat multinasional yang tersebut itu supaya membolehkan mereka menjadi global players.

Begitulah keutamaan sosialis, bukan keutamaan Islam dan tak semestinya keutamaan nasionalis.

Tun Razak adalah ahli Parti Buruh. Beliau bukan Komunis. Beliau sosialis yang menuruti evolusi dan bukan revolusi. Beliau tidak merampas dan memiliknegarakan sebarang harta atau syarikat-syarikat yang berkenaan. Beliau beroleh saham-saham secara pembelian pada pasaran.

Langkah Tun Razak itulah yang telah memberikan nyawa dan harapan kepada Melayu dan Bumiputera untuk menjadi pemain pada pentas global.

Maka kita perlu tanya kenapa sekarang ini sebilangan yang ramai di antara ahli-ahli Umno sudah menyombong dan dengan angkuh mereka memberitahu kita Umno tidak mahu sosialisme.

Aduh! Apakah mereka ini tahu selok-belok sosialisme atau yang disuarakan itu semata-mata bodoh-sombong orang-orang yang tidak bermoral, tidak berakhlak, dan hanya menyertai Umno untuk menjadi kaya melalui rasuah dan kesongglapan?

Inilah yang kelihatan telah terjadi pada Umno. Parti besar itu tidak lagi mempunyai sebarang landasan ideologi. Islam pun tidak, nasionalis pun tidak dan sosialis samasekali tidak,tidak, tidak. Maka oportunislah yang lekat pada dahi mereka itu. Oportunisme dalam alam serba mewah berkorupsi!

Kalau sudah tidak mahu lagi lorong ideologi Tun Razak, apakah pula jawapan yang ada pada Umno untuk membolehkan Melayu dan Bumiputera menangani cabaran-cabaran dan gejala-gejala zaman? Mana dia pemikiran-pemikiran yang bernas dan bergemilang bagai geliga itu? Siapa tokoh-tokoh pemikirnya? Siapa? [Bersambung] –a. ghani ismail, 24 Mac, 2012